Tuesday, May 27, 2008

besh gak citer ne!!!!


dah lama tak update blog aku ne...sebab sering bz ngan kehidupan yg tak menentu ne......
smlm aku seharian melayan citer ne( AYAT2 CINTA) maybe bakal kuar kat wayang tak lama lagi... citer ne mmg besh sebab berkaitan ngan islam...sinematografi dia mmg cun besh sangt aku suke dow ditambah plak ngan musikal dia emm syok jeee...mmg aku berterima kasih kat yam yg dok kat seblah aku yg telah berjaya mendonlodkan citer ne hahaha besh2...aku rasa korang sumer patut tengok ...ade part lucu, touching pon ade huhuuh mmg syok la pengarah dia ne aku suke ahhaaha...di tambah plak ngan pelakon2 yg cun melecun..meleleh air liur aku tengok

sedikit sinopsis dari citer ne:
Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.
Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.
Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.
Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.
Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.
Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.....saksikanlah di pwagam berhampiran rumah anda hahahaha

7 comments:

as bha zammi said...

KALAU MAU PERGI...
AJAK AKU...

Mem Aluya said...

Adakah kamu sudah melayan citer ne? Di mana? Pawagam yang mana satu?

eryreckless said...

sudah menonton atas kerajinan budak sebalh ne mendonlod...maybe kuar wayang nanti kot tapi tak tau la bile..lambat sampai kat malaysia neh..syok cite ne rugi sapa tak tonton

artfieda said...

behhh ke wehh..???jiwang tahap meleleh takk..??wa x minat jiwang2 nih..hahaha :)

eryreckless said...

takde la jiwang sangat cuma sarat ngan mesej2 keislaman waduhhh alim plak aku jap heheheh

Mem Aluya said...

Ery, nak donlod tang mana eh? Rapidshare? Ishkk, tak leh jadi nih.

Huda Engku said...

citer ni memang besh...walaupun choco ketinggalan (baru nengok khamis lps masa tgh2 study untuk test Teaching of Reading Skills) tapi tak kesah lah, janji nengok... besh ooooo